Friday, March 29, 2013

girls day out (^_*)

Assalamualaikum, hi!!


colourful tak?? wakakakka. picture was taken at kbox.

Baru hari tu dapat hangout dengan girlfrens saya ni. selama ni rancang je, tak jadi pun sebab yang sorang tu nun jauh dari kk. hari nie hangout, esok dia balik g semporna. tapi kami berempat shja la, yang sorang tu tak dapat join. aih sodih sodih. 


Iphone 5 c kawan, saya mau :( saya punya 4s, 4 setengah. haha. iphone 5 lebih ringan, panjang sikit la. and yes, nampak mc chicken tu?? a'ah di mekdi la tu. cerita-makan-cerita-makan-ketawa kuat2 sampai orang tengok2-amik gambar-sampailah fries tu habis. selalunya tak habis pun. itulah bahana makan tak ingat dunia. haha. 


Lepas tu pergi kbox. karoke sampai pengsan. eh tak ada la. memain jek. gambar?? ada, banyak tapi untuk tatapan mata sendiri je la. wakakak. padahal kat facebook dah post pun. haha. apakah?? -,-
Lepas kbox, pegi jalan-jalan keliling mall tu. masuk kedai, amik gambar curi-curi. tengok2 kasut. wajibla tengok2 je, duit belom masyukkkk. 



Boring. lepak kat cool city, cerita2 lagik-makan-minum-amik gambar. lepas tu jalan lagi. ok ada jugak la beli sikit-sikit seja la. ikut bajet. duit bila nak masyuk nie???

 i need new clothes. beli 1 je pun, bukan beribu. haha. rm 27.0

ada hati nak kilatkan kuku. wakakaka. rm5.0 d giant je.

cuma nak try. rupanya pedas sikit tapi berubah kaler la. rm7.80 di watsons. 


oh, tidak. ada lagi. dah lama pun carik, baru jumpa. dan harga cuma rm10. wey, discount bebeh.

Adalah coklat lagik. cadbury dan kit kat. dah selamat dalam perut pun tengok bajet pun lebih kurang rm50 jek. selebihnya makan, makan, makan, minum, enjoy. haha.

wordless today : aku, adik dan rumah

Assalamualaikum, hi!


typos?? i create new words -,-


Assalamualaikum, hi!

Tengok tajuk tu belagak kemain. haha. sambil taip tajuk tu sambil buat muka annoying, meluat. muahaha. tengok picture jek la. malas nak taip. 



Tuh, nampak tak?? dah kasih terang dah. hoho. "yang c dikenali"??? huahuahua. sepatutnya "yg x dikenali". malunye. satu huruf pun boleh salah ke?? kronik, kronik. (sambil geleng-geleng kepala)


Yang ini saya rasa macam lucu jek. "cgu x mai gitau". macam cgu nak mai mana. ayat sebenarnya "cgu x mau gitau". pun 1 huruf jek. astaghfirullah.


Ni pun sama. oh -> ph. apakah?? -,- mesti kawan saya gelakkan saya. ph ape?? phd ke?? ph nak tgk asid ke apa? haha. oh ya, nampak nama tokek tu?? kawan saya. unik tak nama dia?? haha. main-main je. nama dia panjang gedabak, kawan saya yang sorang tu tolong singkatkan dengan 'baik hatinya'. haha.

Ntah la kenapa asyik typo je. kata nak cepat tak ada la pulak hantu nak kejar. esh esh esh. kurangkan kecepatan tangan tu menaip ye cik reyna. dah la sehari kemudian baru perasan ada typo. mesti kawan dah bantai gelakkan -,-

tanpa MEREKA, siapala KITA :)


Assalamualaikum. hye.

Tengok tajuk je pun dah tahu pasal apa. dalam minda kamu pasal apa?? ya, 100 markah untuk yang betul. 


Selagi saya masih hidup dan mampu, saya akan membahagiakan keluarga terutamanya ibubapa dan atuknenek (ibubapa saya tinggal dengan mekbapak mama saya sebab mama saya anak tunggal). dulu, masa zaman muda, fikiran tak matang lagik selalu kot menyakitkan hati mereka. maafkan anakanda, cucuanda. hehe *gelak sopan* 



Sudi layan karenah saya yang macam-macam. sayang saya lebih dari diri mereka. sebenarnya saya tu kami la adik beradik. nak drama feel jek. hoho. macam mana saya nak hidup kat universiti nanti?? :'( sepa nak teman saya borak-borak mcm mama dan nenek buat?? sepa nak tolong saya buat benda yang saya tak tau mcm papa dan atuk tolong saya?? mcm mn??? :'( 

Walaupun sekarang masih ada sifat-sifat yang macam nak marah mereka, tapi saya cuba sabarkan diri. mereka kan keluarga. tanpa mereka siapalah saya. mereka la bestfren, mereka la lawan (gaduh-gaduh syg je hewhew), mereka la penyokong, mereka la peminat, mereka la pengkritik.  tanpa sokongan dan dorongan keluarga macam mana kita nak berjaya?? iyo idak??

saya tak faham dengan mereka yang buang keluarga sebab cinta. macam la cinta boleh buat mereka bahagia tanpa restu dan berkat dri keluarga terutamanya ibubapa.

p/s : nak cuba jadik anak yang lebih baik. mama, papa, atuk, nenek i love u! dan adik beradik yangmintapujijugak. haha.

wordless today : wala tajassasu

Assalamualaikum, hi!!



"apa plan lepas ni??"

Assalamualaikum, hi!!




A day after amik result STPM kat sekolah orang lain (sebabnya di post sebelum ni), saya pergi bekas sekolah saya. dah jadik bekas dah. sedihnye :'( nak amik surat lepas sekolah, surat kokum, majalah sekolah (eh, perlu ke?? iyo, sangat perlu. kenangan tau dak) ditemani slh sorang gfs. nasib la dia bawa saya kalau tak memang lupa la. haha. sambil tu nak jugak jumpa cgu-cgu kami. 

Yang bestnya,

  • jumpa sebahagian cikgu-cikgu yang pernah ajar kami. cgu kolokium, peng. am2, geo, MUET, peng. perniagaan2, sejarah..
  • jadik pelajar fofuler kejap. wakaakakak.
Perkataan yang popular hari tu adalah :
  • "tahniah!!" sepatutnya tahniah jugak untuk mereka sebab mendidik kami sehingga berjaya, tapi cgu jawab "cgu cuma membantu". sweetnya cgu!
  • "apa plan lepas ni??" semua cgu tanya kot. cgu yang kami jumpa je la. saya malas nak ulang-ulang, tunggu je kawan jawab. pastu cakap "sama la dengan dia tu,cgu"
  • "jangan salah pilih course."
  • ok la cgu, kami jalan dulu. bye! wakaka.
Yang tak bestnya,
  • tak dapat den nak jumpo guru kelas den.
  • tiba-tiba ada 2 makhluk yang memang kami tak nak jumpa la -,- larik dari tempat dorang pergi kereta sampai tertinggal barang. apakah?? -,-



Friday, March 22, 2013

Result STPM??

Assalamualaikum, hye..


Sebelum ni asyik update pasal result nak keluar la, apa la.. huh, 18 mac hb hari tu result Stpm dah keluar dah.. tak ada la hebat macam mereka-mereka yang masuk tv, newspaper and so on. haha. biasa-biasa ja.. dah la aliran sastera, lagi la biasa jek..


Nampak?? kan dah cakap, biasa je.. pointer keseluruhan 3.6 je. tak sampai 4.0 pun. tapi tetap bersyukur sebab dah lebih dari 3.5. dan jadik antara pelajar cemerlang di sabah. syukur ke atas rezeki yang Allah dah bagi. tidak pernah terfikir pun untuk menjadi antara salah seorang pelajar cemerlang di sabah. 
Sebanyak mana usaha kita, itula juga hasil yang kita dapat. oh okayyy, usaha saya cuma boleh dapat 3A 1B jek. sedikit usaha lagi memungkinkan untuk dapat 4A. tapi ini la rezeki saya. syukur. 
Usaha yang berterusan, doa yang tidak pernah putus, berkat ibubapa membolehkan kita mendapat apa yang kita hajati dengan izin Allah. kun faya kun. syukran, alhamdulillah.

Thursday, March 21, 2013

throwback candy..

Assalamualaikum, hello..

Sambung sampai pengsan la throwback kita nie. kali ni pasal candy la pulak.. boring dah ke?? hehe. sorry la, saya tak boring ni. makanan kan. kali ni banyak sikit pulak benda yang merosakkan gigi  ni -.-




1. Sochews -macam sugus tapi yang ni panjang kan. dan sedap. sampai sekarang rasa dia mantain lagik. daebakkk lah. sebab tu sekarang pun masih makan lagik. nak cari la esok. wakaka.
2 @ 5. Gula getah - yang saya ingat perisa : stoberi, anggur, dan epal hijau. saya suka yang hijau. makan ketiga-tiga sekaligus la dulu sebab kecik je kan. ke pelahap?? tak kesh, bidak-budak okayyyy.
3. Gula-gula tangkai - ada perisa coklat je dulu, sekarang dah ada coklat + susu. tapi sekarang dah x sedap dah.. kasar je teksture dia.
4. Tak tau nak panggil apa, gula yang dalam bekas bulat tu siap ada serbuk-serbuk lagi.. gula-gula dah habis, serbuk banyak lagik tinggal begitu jek.
6. Nano - siap ada iklan kat tv yang jadi siulan budak-budak la.. lengkap pulak tu satu family makan gula-gula nie. masam kemain.
7. Gula-gula Rabbit - tak ingat sanat, yang ingat makan dgn plastik kat dlm tu la..
8. Sugus - kegemaran sepanjang zaman. chewy je, sbb tu suka.
9. Gincu - gila, beli benda ni sbb nak main gincu-gincu jek. pompuan kan biasala.
10. fruit plus - oh, makan sampai sekarang. walaupun cgu mengajar d depan, mulut tetap mengunyah. wakakka.




Itu semua kenangan masa budak-budak dulu.. rindunye  :'( kalau boleh putar semula. haha. ok bye. sebenarnya taip entry ni dengan mood yang terombang-ambing.. semua gambar kredit to mr.google..

Wednesday, March 20, 2013

throwback eskem dan popok.

Assalamualaikum , hye..

Sambung balik throwback kita, kali ni pasal eskem pula.. dah la sekarang ni cuaca tak menentu, kalau panas panas sangat, kalau sejuk, sejuk biasa-biasa ja. hehe *gelek sopan*. puh, kalau tengah panas makan eskem perghhh. memang siok ah. 




Dulu masa muda-muda, kecik-kecik makan eskem yang murah pun rasa drumstik juak. wakakak.
1. Eskem panjang - sekarang masih ada jual tapi ntah la. dah tak sedap la bagi saya. kalau nak makan dulu belah dua jek..bagi kawan sebelah.. jimat duit.
2. Eskem beg - tak tau nama, makan je tau. haha. tapi memang sodap la, lagi-lagi yang kaler hijau. perghhh..
3. Eskem 1Malaysia - suka kot makan ni.. masih ada lgi orang jual ni.. tapi macam dah tak sedapp.
4. Lemon Vanila - meman fav dari dulu sampai sekrang, tapi jarang dah jumpa *sigh*
5. Eskem kacang - dulu suka, sekarang tak. tak sodap.
6. Paddle pop - rainbow eskem. sekarang macam dah tak ada jual la. eskem ni la paling sodap masa saya kecik-kecik dulu. pernah ada contest eskem ni, kalau jumpa stick yang bertanda dapat basikal. woo, rajin la nak beli eskem ni semata-mata nak kan basikal tu. haha. tap dapat stick yang boleh tebus eskem je. ok la, makan eskem ni sampai pengsan.
7. Roti eskem - waktu balik sekola masa kecik-kecik dulu, wajib la beli eskem ni.. panas kan. beli dari pacik yang naik motor. 


Antara kopok yang popular suatu masaaa dulu. paling favorite yang mimi dan ketam tu, tapi sekarang dah kurang-kurangkan makan. untuk masa tua jugak. haha. sekarang budak-budak mana la makan benda alah ni, makan yang ada chess je mcm corntoz nun..

Memang la yang sebahagian masih ada kat kedai-kedai berhampiran anda, tapi rasa dah lain dah bagi yang lain-lain tu.. sedih.. kalau tak boleh jek makan masa boring. haha. tak nak kongsi sama adik. *bluek*

throwback coklat..

Assalam, hye...

Tengok adik-adik makan jajan ni teringat pulak masa kecik-kecik dulu. saya suka sangat tolong mak bapak menghabiskan duit beli jajan-jajan ni. haha. dulu jek masa kecik jahat sangat, tau mintak duit je. sekarang dah baik dah, baik sikit je la. sebab sekarang pun masih menghabiskan duit beli baju, kasut, beg, makanan, berokband lagi, nak topup lagi. jahat banyak la tu kan sebab tu baik sikit je. muahahahah. *gelak jahat* jom la kenang balik makanan jajan dulu-duluuuuuuu. coklat dulu..




coklat dulu memang keutamaan lah. dapat yg 20sen pun happy je, rasa macam heaven *heaven la sangat*. haha.
1. Tora, Ding dang - nampak ja di tv memang tak boleh belah la. terus mintak duit  beli. muahah. sekarang dah tak nampak pun benda ni dijual.
2. Cocoa ball - masih ada lg. tapi kecik yang amat. dulu besar gedabak sedap lagi. sekarang ntah pape.
3. Coklat payung - oh, memang favorite sampai sekarang. rasa mantain tapi saiz dah kurang. *sigh*
4. Nini - fav jugak, rasa masi sama.. *love*
5. Choki2 - dah tak makan dah, teksture dah lain. macam makan pasir jek.
6 & 7. Apollo - oh kesukaan. masih lagi suka sampai sekran. tak boleh blah.
8. Safari - suka jugak tapi macam dah tak da dah. *miss u*
9. Tofiluk - fav sangat-sanat. sedap sangat. 

Sebenarnya masih banyak lagik tapi tak jumpa lah, sebab tak ingt pun apa nama ckelat tu.. yang macam syiling tu, bentuk bola lah, bentuk kereta la, yang panjang-2 laik ada biskut kat tengah.. okay, fine tekak minta puji nak makan benda-benda tu balik..
Memang la yang sebahagian masih ada kat kedai-kedai berhampiran anda, tapi rasa dah lain dah bagi yang lain-lain tu.. sedih.. kalau tak boleh jek makan masa boring. haha. tak nak kongsi sama adik. *bluek*

Monday, March 18, 2013

kenapa saya berbelog??

Assalam , hye .


Saya dah lama tahu dah pasal belog nie sejak tingkatan 4 (2009) tapi tak pernah amik kesah pun. bagi saya cukup la ada facebook. kuno tak kuno tak?? haha. tahun tu facebook pun baru-baru nak naik d Malaysia ni. sukahatikaujecakap..haha. yelah, saya ni bukan budak IT pun. subjek ICT pun saya drop. haha. jadi, baru tahun ni buat blog. bulan 1 lah, baru lagi, fresh lagi la. haha. apa motip saya berbelog nie??

  • nak followers beribu-ribu? oh tidak. rezeki masing-masing kan. kalau ada, adalah. kalau tak ada, taklah kan. teda yang baca entry pun tak pa, saya je la baca. haha.
  • nak duit nuff?? sepa yang tak nak duit kan?? tipulah saya cakap tak nak.. memang nak, tapi kalau bukan rezeki kita bukan la. sekurang-kurangnya kalau ada duit nuff bolehlah beli barang keperluan tanpa perlu bebankan mak bapak. tapi itu bukan motip utama ye cik adik, cik kak, cik abang walaupun saya letak iklan nuff kat tepi nun.
  • nak jadik fofuler ke?? tidak sama sekali.
SAYA BERBELOG UNTUK MELUAHKAN APA YANG SAYA PIKIRKAN, SAYA ANGGAP BLOG NI MACAM DIARY SAYA. LAGIPUN NAK ISI MASA YANG TERLUANG YANG BANYAK NIE DENGAN TAIP-TAIP ENTRY. HOHO. ORANG NAK BACA, BACALAH. TAK NAK SUDAH, MAIN JAUH-JAUH OKAY??


Wordless Today : makan-makan jomss..

Assalam, hye.






Sunday, March 17, 2013

aplikasi mesti ada untuk peng'edit' picture

Assalam , hye .

Best kan meng'edit' picture nie?? di laptop saya sendiri ada photoscape untuk edit picture kalau saya malas nak edit di phone. photoshop tue tak ada la, tak ada donlod pun. bagus juga kalau ada aplikasi yang pelbagai ni, mudah la nak edit picture dan hasilnya pun cantik. mudah di sini maksudnya mudah nak dapat idea. kalau satu je ada tak ke bosan tu?? di handphone pulak ada la dalam 4 gitu. hehe. walaupun tak ade la pro mana edit-edit photo nie, dah jadi hobi kalau bosan mesti edit photo. jadi, hari ni nak membebel sikit pasal aplikasi yang wajib ada untuk mereka-mereka (gagal bm ke hape??) yang minat giler edit-edit picture, termasuk diri saya sendiri. saya nak share sikit aplikasi apa yang best nak guna jika edit picture. 

1. Instagram


Ini semua pun tahu kot. sesaje nak letak. rasa-rasanya semua yang guna smart phone ada je apps ni kan?? dah la effect dia lawa. saya kalau nak bukak instagram nie nak tgk gambar je. gambar yang saya ada kat akaun saya cuma 1 jak, sbb nak cuba-cuba ja. hehe. jarang la bukak ni. kedekut kan saya nie. malas.

2. pixlromatic / pixlr-o-matic



Nie sangat LAWA (nampak caps lock tu?? serious nie) tau kalau nak edit picture. tu yang kat atas handphone punya versi, kat bawa utk laptop tapi online edit la. kalau nak lagi lawa, purchase je active plus punya and believe me , lagi lawaaaaa. apps nie membolehkan kita edit effect, overlay, and border. by the way, saya guna iphone. jadi apps ni utk iphone. saya tak tau kalau hp lain ada.

3. Pic collage


Iphone punya apps jugak. dah nama pic. dah nama collage, haruslah meng'collage'kan gambar-gambar dengan kreatif. gabung je sekahatikau. lagi satu, boleh juga edit photo guna apps ni, edit caler, text, border, stickers and so on. tu yang kat atas tu contoh la. 

4. Pic jointer


and its iphone apps too. dah nama jointer, bolehlah combine segala gambar-gambar kamu menjadi satu. kan senang nak uplod tu. boleh la juga tambah effect, border, etc. kalau nak edit text, beli la yang pro pic jointer. hehe.

ok nye! nanti sambung lagik. kalau rajin la. kalau tak lupa. banyak lagi sebenarnya yang lawa-lawa kalau nak edit gambo. eh pigidahhhhh dari tadik bye, tak juga siap-siap tulis kesimpulannya . kakakka. ok la ya. bye



Monday, March 11, 2013

yeah , dah buat dah !

Assalam .

Baru hari tu post pasal onde-onde. hari nie dah buat dah. hehe. yelah, nanti kebulur kan susah. eh, tak da maknanya nak kebulur setakat tak makan onde-onde tu. haha. kiranya first time la saya buat ni. ketara sangat jarang masuk dapur. sekejap je saya buat tu. masak pun kejap jer rupanye . baru tahu. haha. eh, asyik ketawa jek dari tadik. gila ke hape?? ok, sempat amik gambar nie jek, yang lain dah selamat masuk ke dalam perut. sodappp. finger lickin' good. ceh, melebih je. tak da la, just kidding. rasa boleh tahan la.






Friday, March 08, 2013

onde-onde

Assalam .


Teringat food network channel punya advertisement pasal kuih tradisional melaka. and i saw this one. kuih onde-onde atau puteri mandi. kenapa puteri mandi?? ntah la sebab mandi dgn kelapa kot. haha. ok not funny. di salut dgn kelapa la. tak kesah la, yang penting kuih ni 1 of my favourites. dan saya teringin nak makan sekarang tapi dah malam ni. mana nak cari. anyone, ada yang baik hati nak buatkan saya?? dah lama craving for this onde-onde.



 limpahan kemanisan bak kata pengacara fcn..

senang kan nak buat ?? dan sedap . oh maiiii ..

Bahan-bahan yang diguna pun senang kot nak carik. dah tu resepi ni cepat, mudah dan simple. jimat masa, jimat tenaga. huhu. esok saya nak buat. mesti!!