Friday, March 29, 2013

tanpa MEREKA, siapala KITA :)


Assalamualaikum. hye.

Tengok tajuk je pun dah tahu pasal apa. dalam minda kamu pasal apa?? ya, 100 markah untuk yang betul. 


Selagi saya masih hidup dan mampu, saya akan membahagiakan keluarga terutamanya ibubapa dan atuknenek (ibubapa saya tinggal dengan mekbapak mama saya sebab mama saya anak tunggal). dulu, masa zaman muda, fikiran tak matang lagik selalu kot menyakitkan hati mereka. maafkan anakanda, cucuanda. hehe *gelak sopan* 



Sudi layan karenah saya yang macam-macam. sayang saya lebih dari diri mereka. sebenarnya saya tu kami la adik beradik. nak drama feel jek. hoho. macam mana saya nak hidup kat universiti nanti?? :'( sepa nak teman saya borak-borak mcm mama dan nenek buat?? sepa nak tolong saya buat benda yang saya tak tau mcm papa dan atuk tolong saya?? mcm mn??? :'( 

Walaupun sekarang masih ada sifat-sifat yang macam nak marah mereka, tapi saya cuba sabarkan diri. mereka kan keluarga. tanpa mereka siapalah saya. mereka la bestfren, mereka la lawan (gaduh-gaduh syg je hewhew), mereka la penyokong, mereka la peminat, mereka la pengkritik.  tanpa sokongan dan dorongan keluarga macam mana kita nak berjaya?? iyo idak??

saya tak faham dengan mereka yang buang keluarga sebab cinta. macam la cinta boleh buat mereka bahagia tanpa restu dan berkat dri keluarga terutamanya ibubapa.

p/s : nak cuba jadik anak yang lebih baik. mama, papa, atuk, nenek i love u! dan adik beradik yangmintapujijugak. haha.

No comments:

Post a Comment